Bahaya Kepintaran Buatan: Manusia Ditukar Makhluk Lain?
Pengkaji: Khalid Yong, Qur'analyst akhalidyong@gmail.com
Syukur Alhamdulillah kita dapat bersua kembali di alam maya internet ini. Mudah-mudahan kita semua berada pada petunjuk jalan yang lurus "ihdina syiratal mustaqim" yang mana kita baca paling kurang 17 kali dalam solat fardu setiap hari. Pada hakikatnya semua petunjuk telah diberikan kepada manusia melalui kitab suci Al-Quran, di mana Allah SWT berjanji bahwa Al-Quran adalah kitab yang menjelaskan segala perkara. Penjelasan ini dibuat dalam bentuk hudan atau "petunjuk" atau "guidance", atau dalam bahasa komputer (ICT) kita panggil "representation".
Bagaimana kita tahu bahwa petunjuk itu dalam bentuk "perwakilan" (representation), dan tidak dalam bentuk penerangan seperti buku-buku biasa yang mana terdapat topik-topik yang tersusun baik, terdapat pelbagai indeks, dan sebagainya? Kenapa Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW hanya pembawa amaran (Ar-Ra'd 13:7)? Kenapa Nabi Muhammad hanya menjelaskan Az-Zikr, iaitu cara sebutan dan penyusunan ayat-ayat Al-Quran (An-Nahl 16:44), sementara isikandungannya akan dijelaskan sendiri oleh Allah SWT (Hud 11:1, Ar-Rahman 55:1-4, Al-Qiyamah 75:16-19, dsbnya).
Pada hari ini komputer (ICT) sudah menjadi perkara lumrah, hampir semua orang tahu menggunakan komputer, paling tidak pun untuk main "games". Tidakkah kita nampak gambar-gambar yang jelas dipaparkan pada skrin, pelbagai pergerakkan, suara, warna, dan sebagainya ... tetapi pernahkah kita fikir bagaimana ianya diwakili (represented) di dalam hardisk? Bagaimana perwakilan digital dua huruf "0" dan "1" ini dapat menerbitkan pelbagai video, gambar, tulisan, dan bunyi (suara) yang jelas?
Baca selanjutnya klik disini
No comments:
Post a Comment